
SERDANG, 26 September- Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi mencipta kejayaan apabila meraih dua pengiktirafan berprestij pada Majlis Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2025 yang berlangsung pada 25 September di Hilton Kuala Lumpur. UPM diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi Kategori Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy) serta menerima Anugerah Khas – Institusi Pengajian Tinggi.
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menegaskan bahawa kemenangan ini membuktikan peranan universiti bukan sekadar dalam bidang akademik dan penyelidikan, tetapi juga sebagai peneraju penyelesaian tenaga hijau yang menyokong aspirasi neutral karbon 2050.

Kejayaan ini turut seiring dengan agenda Planetary Health UPM yang menekankan keseimbangan antara kesihatan manusia, kelestarian alam sekitar dan pembangunan sosioekonomi.
Dengan pengiktirafan ini, UPM kini antara 25 pemenang yang akan mewakili Malaysia ke ASEAN Energy Awards (AEA) 2025 di Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) pada Oktober depan.
Date of Input: 06/11/2025 |
Updated: 06/11/2025 | syamilakamarul
MEDIA SHARING