UPM perkasa potensi agropreneur pelajar, ODS menerusi Bootcamp Agropreneur Harapan
Seramai 150 peserta terdiri daripada 100 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 50 Orang Diselia (ODS) menyertai Bootcamp Agropreneur Harapan yang berlangsung selama dua hari di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), UPM, bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan agro serta pertanian moden.