UPM Perkukuh Projek EcoSmart Kompos MADANI, Didik Pelajar SK Jalan Enam Tentang Kelestarian | Universiti Putra Malaysia 99 spel-waf
» NEWS » UPM perkukuh Projek EcoSmart Kompos MADANI, didik pelajar SK Jalan Enam tentang kelestarian

UPM perkukuh Projek EcoSmart Kompos MADANI, didik pelajar SK Jalan Enam tentang kelestarian




BANGI, 11 Ogos
 - Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuh pelaksanaan Projek EcoSmart Kompos MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Enam sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan kelestarian yang berimpak tinggi.

Pensyarah FPAS UPM, Dr. Muhammad Heikal Ismail, yang berpengalaman dalam bidang ekonomi kitaran, teknologi rawatan sisa organik dan penyelesaian komuniti berasaskan data, berkongsi kepakaran bagi memacu projek ini ke tahap yang lebih saintifik dan inovatif.

“Kepakaran dalam bidang ekonomi kitaran, teknologi rawatan sisa organik dan penyelesaian komuniti berasaskan data memberi dimensi global kepada projek sekolah ini, serta membuka ruang kepada pendekatan yang lebih saintifik, inovatif dan lestari.

''Kerjasama ini juga memberi isyarat jelas bahawa masa depan kelestarian negara tidak bermula di makmal atau parlimen, tetapi di bilik darjah, di kebun sekolah, dan dalam minda pelajar yang diasah untuk berfikir jauh ke hadapan, '' katanya.



Guru Besar SK Jalan Enam, Merianah Jamaludin, turut menyatakan sokongan penuh terhadap kerjasama ini dengan menekankan bahawa pemahaman saintifik dan nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar amat penting dalam membentuk generasi muda yang peka, berdaya cipta dan berwawasan.

"Kolaborasi antara SK Jalan Enam dan UPM ini bukan sahaja bertujuan mempersiapkan pelajar menghadapi pertandingan, malah menjadi manifestasi bagaimana pendidikan rendah dapat dimartabatkan melalui sokongan universiti, penyelidikan dan kepakaran akademik.

"Inilah wajah sebenar inovasi akar umbi apabila murid sekolah mampu berdiri di pentas kebangsaan berbekalkan ilmu yang setanding dengan arus perubahan global,'' katanya.

Dalam pada itu, pelaksanaan projek ini dibahagikan kepada beberapa fasa yang memberi tumpuan kepada penilaian awal sistem serta perancangan pelan susulan bagi persediaan pertandingan serta boleh diaplikasikan inovasi tersebut oleh pelajar pada masa akan datang.

Date of Input: 12/08/2025 | Updated: 12/08/2025 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYIMTAy~