UPM Didik Masyarakat Tangani Isu Plastik Melalui Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 | Universiti Putra Malaysia 99 spel-waf
» BERITA » UPM didik Masyarakat Tangani Isu Plastik Melalui Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025

UPM didik Masyarakat Tangani Isu Plastik Melalui Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

SERDANG, 25 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar, semalam.



Tema ‘Atasi Pencemaran Plastik’ ini bertujuan memberi penekanan kepada isu pencemaran plastik yang semakin membimbangkan, bukan sahaja di negara kita sahaja, malah diseluruh dunia.



Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Prof. Dr. Azlizam Aziz berkata majlis ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap isu-isu alam sekitar serta menggalakkan penglibatan aktif warga kampus dalam usaha melindungi alam sekitar.



“Penyelidikan terkini menunjukkan kehadiran mikroplastik dalam makanan dan minuman serta tubuh manusia, fenomena yang membimbangkan kerana pendedahan berterusan kepada bahan pencemar ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.



“UPM bertanggungjawab bukan sahaja dalam menyampaikan ilmu, tetapi juga dalam membentuk sikap dan budaya lestari dalam kalangan warga kampus dan masyarakat luar,” katanya.




Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Tuan Haji Wandi Yadzid Haji Yaakob berkata, pencemaran plastik telah meresap ke dalam semua aspek kehidupan kerana pengurusan sisa yang tidak cekap dan penggunaan plastik sekali guna yang berleluasa.



“Perubahan tidak akan berlaku dalam sehari tetapi dengan langkah kecil yang konsisten seperti membawa bekas makanan sendiri atau menyokong dasar hijau mampu mencipta impak besar,” ujarnya.



Sempena sambutan itu, pertandingan RePlastic Nation telah dimenangi oleh Kelab Kebajikan dan Sosial, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat dengan tema ‘Ketenangan yang Hilang di Laut Biru’.



Menurut wakil peserta, Nur Aqielah Fausi berkata, pemilihan tema ini berdasarkan pencemaran plastik di laut yang memberi impak serius terhadap kesihatan manusia.



“Kami memilih arca Penyu belimbing ini kerana spesis yang paling purba dan terbesar di dunia dan bahan digunakan adalah bahan kitar semula yang dikumpul,” katanya.

Tarikh Input: 30/06/2025 | Kemaskini: 30/06/2025 | aghniya

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYHBCAm~