UPM Dedah 75 Pelajar SMK Pulau Ketam Dididik Kepentingan Hutan Bakau | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM dedah 75 Pelajar SMK Pulau Ketam Dididik Kepentingan Hutan Bakau

UPM dedah 75 Pelajar SMK Pulau Ketam Dididik Kepentingan Hutan Bakau

 

KLANG, 19 Februari – Seramai 75 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Ketam telah menyertai Program Kesedaran Kepentingan Pokok Bakau yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran generasi muda tentang peranan penting hutan bakau dalam kelestarian alam sekitar.

 

Pengarah program, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, inisiatif ini merupakan langkah proaktif mendidik generasi masa depan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara ekosistem bakau, yang berperanan sebagai benteng semula jadi menentang hakisan pantai dan habitat penting bagi pelbagai spesies hidupan laut.

  

 

“Kesedaran tentang pemuliharaan hutan bakau adalah asas kepada perubahan amalan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

 

“Program ini bukan sekadar memberi pendedahan tetapi juga menggalakkan pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

 

“Melalui media sosial, para pelajar boleh berkongsi maklumat, pengalaman, dan inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar, sekali gus menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka,” katanya.

 

 

Sementara itu, Pengetua SMK Pulau Ketam, Mohamed Nizam Banaji menyambut baik usaha ini dan berharap program seperti ini dapat diperluaskan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar.

 

“Pendekatan pendidikan luar bilik darjah seperti ini memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan mendalam. Diharapkan pelajar dapat menerapkan ilmu yang diperoleh untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar,” ujarnya.

Date of Input: 19/02/2025 | Updated: 19/02/2025 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYCWFAj~